Saturday, 23 July 2016

Miri Crocodile Park / Taman Buaya Miri Sarawak


Taman Buaya Miri merupakan salah satu tempat yang menarik di Miri, Sarawak. Taman Buaya Miri ini terletak di Kuala Baram. Dan menurut kata Mr Google, ia mengambil masa selama 20 mins dari Bandar Miri ke Taman Buaya ini. Jangan takut, jangan bimbang, you all boleh menggunakan apps google maps untuk mendapatkan arah untuk ke sini. 

Setibanya di Taman Buaya...
Horse riding di sini.
sepertinya ada super crocodile disini.
bergambar itu harus untuk kenangan.
Dan yang paling penting sekali semasa hendak mengunjungi Taman Buaya ini, jangan lupa untuk membawa kad pengenalan kerana bayaran masuk untuk warganegara Malaysia dan warganegara asing berbeza. Melainkan you all tidak kisah mengenai harga bayaran kerana sudah semestinya bayaran masuk untuk warganeagara asing lebih mahal. Bayaran masuk untuk kanak-kanak dan dewasa juga mempunyai harga yang berbeza. Tempoh hari I pergi bersama abang kesayangan I, jadi bayaran masuk untuk kami berdua sebanyak RM20.00 seorang mengikut harga dewasa. 

Apabila selesai dengan pembayaran masuk, pekerja di sana akan memberi satu kertas untuk dijadikan gelang sebagai tanda you all sudah membayar untuk kemasukan.
 Mereka juga akan memberi resit sebagai bukti pembayaran. And sedikit peringatan di sini bahawa resit tersebut harus disimpan dengan baik untuk tujuan pemeriksaan. Namun pada hari tersebut, tiada sebarang pemeriksaan dilakukan. But, just for safety nothing wrong to keep it right?

Perkara-perkara yang you all boleh ambil perhatian semasa berada di sana;
sekiranya you all beminat untuk crocodile feeding
you all boleh mengetahui lokasi sangkar sekaligus tahu jenis-jenis haiwan yang terdapat disini.

peringatan untuk menyimpan tiket
&
 pemberitahuan waktu dan hari operasi.

Sebelum pergi melihat haiwan-haiwan disana, you all boleh spend sedikit masa untuk melihat dan membaca informasi-informasi yang telah disediakan;




pelbagai jenis telur buaya yang you all dapat lihat kat sini.

Dah namanya Taman Buaya, sudah pasti majoriti buaya merupakan haiwan yang terbanyak disitu tapi jangan salah anggap dan pandang ringan tau? Tidak semuanya buaya di taman ini, terdapat haiwan-haiwan lain juga disini seperti snakes, goats, bears, various type of birds, guinea pigs etc. You all boleh merujuk kepada gambar untuk mengetahui jenis-jenis haiwan yang terdapat di taman ini sekaligus untuk mengetahui lokasi sangkar-sangkar haiwan di sini.

Disini beberapa gambar yang sempat diambil semasa berada di sana.
Southern cassowary

Small Toothed Palm Civet
buaya-buaya yang sedang bersantai~







very cute guinea pig
Kalau beruntung, you all dapat melihat pekerja memberi ular memakan tikus.

Alvin? where is Simon and Theo?

Buffy Fish Owl

si monyet yang jauh termenung~ 


Tiong Bird (talking bird) 
Long Tail Macaque
Flying Fox Bat

Bear Cat (binturong)




Tiong Bird (talking bird)

Dan untuk pengetahuan you all, you all boleh memberi makan kepada haiwan di sini. Tapi makanan tersebut perlu dibeli daripada para pekerja di sana. Satu lagi infomasi yang you all perlu tahu, you all bebas mengambil gambar haiwan disana. Tapi sekiranya you all ingin mengambil gambar DENGAN haiwan di sana seperti ular, kuda, sun bear dll, you all perlu membayar extra RM10.00 untuk satu jenis haiwan. Untuk menunggang kuda juga perlu membayar RM10.00 seorang. Namun tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menyentuh dan memegang haiwan-haiwan tersebut.

Jadi I pun mengambil kesempatan dan memberanikan diri untuk memegang 2 ekor ular secara serentak. Sesuatu perasaan yang tidak dapat digambarkan apabila ular-ular tersebut move around my neck. Skin to skin contact with the snakes. Takut ada, excited pun ada. But it is worth to try something new in your life.
First Time pegang kulit ular~
mungkinkah ini super crocodile? 
 Sekiranya you all percaya dalam membuat hajat, you all boleh making some wishes by throw coins into the wishing well.
wishing well~

Pesanan ikhlas daripada I, jangan lupa bawa sunblock, anti-mosquito lotion & drinking water. Have a happy trip and stay hydrated. XOXO.