Taman
Buaya Miri merupakan salah satu tempat yang menarik di Miri, Sarawak. Taman
Buaya Miri ini terletak di Kuala Baram. Dan menurut kata Mr Google, ia
mengambil masa selama 20 mins dari Bandar Miri ke Taman Buaya ini. Jangan takut,
jangan bimbang, you all boleh menggunakan apps google maps untuk mendapatkan
arah untuk ke sini.
Setibanya di Taman Buaya...
|
Horse riding di sini. |
|
sepertinya ada super crocodile disini. |
|
bergambar itu harus untuk kenangan. |
Dan
yang paling penting sekali semasa hendak mengunjungi Taman Buaya ini, jangan
lupa untuk membawa kad pengenalan kerana bayaran masuk untuk warganegara
Malaysia dan warganegara asing berbeza. Melainkan you all tidak kisah mengenai
harga bayaran kerana sudah semestinya bayaran masuk untuk warganeagara asing
lebih mahal. Bayaran masuk untuk kanak-kanak dan dewasa juga mempunyai harga yang
berbeza. Tempoh hari I pergi bersama abang kesayangan I, jadi bayaran masuk
untuk kami berdua sebanyak RM20.00 seorang mengikut harga dewasa.
Apabila
selesai dengan pembayaran masuk, pekerja di sana akan memberi satu kertas untuk dijadikan gelang
sebagai tanda you all sudah membayar untuk kemasukan.
Mereka juga akan memberi
resit sebagai bukti pembayaran. And sedikit peringatan di sini bahawa resit
tersebut harus disimpan dengan baik untuk tujuan pemeriksaan. Namun pada hari
tersebut, tiada sebarang pemeriksaan dilakukan. But, just for safety nothing
wrong to keep it right?
Perkara-perkara yang you all boleh ambil perhatian semasa berada di sana;
|
sekiranya you all beminat untuk crocodile feeding |
|
you all boleh mengetahui lokasi sangkar sekaligus tahu jenis-jenis haiwan yang terdapat disini. |
|
peringatan untuk menyimpan tiket
&
pemberitahuan waktu dan hari operasi. |
Sebelum pergi melihat haiwan-haiwan disana, you all boleh spend sedikit masa untuk melihat dan membaca informasi-informasi yang telah disediakan;
|
pelbagai jenis telur buaya yang you all dapat lihat kat sini. |
Dah
namanya Taman Buaya, sudah pasti majoriti buaya merupakan haiwan yang terbanyak
disitu tapi jangan salah anggap dan pandang ringan tau? Tidak semuanya buaya di
taman ini, terdapat haiwan-haiwan lain juga disini seperti snakes, goats,
bears, various type of birds, guinea pigs etc. You all boleh merujuk kepada
gambar untuk mengetahui jenis-jenis haiwan yang terdapat di taman ini sekaligus
untuk mengetahui lokasi sangkar-sangkar haiwan di sini.
Disini beberapa gambar yang sempat diambil semasa berada di sana.
|
Southern cassowary |
|
Small Toothed Palm Civet |
|
buaya-buaya yang sedang bersantai~ |
|
very cute guinea pig |
|
Kalau beruntung, you all dapat melihat pekerja memberi ular memakan tikus. |
|
Alvin? where is Simon and Theo? |
|
Buffy Fish Owl |
|
si monyet yang jauh termenung~ |
|
Tiong Bird (talking bird) |
|
Long Tail Macaque |
|
Flying Fox Bat |
|
Bear Cat (binturong) |
|
Tiong Bird (talking bird) |
Dan
untuk pengetahuan you all, you all boleh memberi makan kepada haiwan di sini.
Tapi makanan tersebut perlu dibeli daripada para pekerja di sana. Satu lagi
infomasi yang you all perlu tahu, you all bebas mengambil gambar haiwan disana.
Tapi sekiranya you all ingin mengambil gambar DENGAN haiwan di sana seperti
ular, kuda, sun bear dll, you all perlu membayar extra RM10.00 untuk satu jenis
haiwan. Untuk menunggang kuda juga perlu membayar RM10.00 seorang. Namun tiada
sebarang bayaran dikenakan untuk menyentuh dan memegang haiwan-haiwan tersebut.
Jadi I pun mengambil kesempatan dan memberanikan diri untuk memegang 2 ekor
ular secara serentak. Sesuatu perasaan yang tidak dapat digambarkan apabila
ular-ular tersebut move around my neck. Skin to skin contact with the snakes. Takut
ada, excited pun ada. But it is worth to try something new in your life.
|
First Time pegang kulit ular~ |
|
mungkinkah ini super crocodile? |
Sekiranya
you all percaya dalam membuat hajat, you all boleh making some wishes by throw
coins into the wishing well.
|
wishing well~ |
Pesanan
ikhlas daripada I, jangan lupa bawa sunblock, anti-mosquito lotion & drinking
water. Have a happy trip and stay hydrated. XOXO.